BBM3410-2021-MINGGU 1B

 NA LI XIAN 203932

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk dalam buku Kajian Wacana.

Cerita ini merupakan cerita yang menarik dan ia telah membawakan banyak maklumat dan nilai yang bermakna kepada pembaca. Berikutnya aspek-aspek yang terkandung dalam cerita sosial Nenek dan Datuk.


Aspek

Bilangan

Keterangan

Watak Utama

1 orang

Alim, seorang budak lelaki yang mengikut keluarga balik kampung di Kajang, menangis kerana perisitiwa kehilangan ayam dan itik.

 

Watak  Sampingan

7 orang

Datuk dan nenek sebelah ibu Alim, ibu, ayah, abang Imran, kak Madinah, Aisyah

 

Latar Tempat

5

Kampung di Kajang:

“Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang. Alim mempunyai dua nenek dan dua datuk. Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang.”

 

Reban ayam lama:

“Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.”

 

Reban ayam baharu:

“Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik”

 

Rumah nenek dan datuk:

“Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah nenek dan datuk.”

 

Ruang tamu:

“Alim berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. ”

 

Latar Masa

Masa

perjalanan

 

“Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.”

 

Latar Masyarakat

 

 

2

Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga:

Ketika Alim menangis kerana tidak jumpa ayam dan itik, nenek dan datuk Alim memujuk dan menunjukkan kedudukan ayam dan itik di reban baharu. Ketika Alim menangis disebabkan sangkaan rumah  dan datuk sudah tiada, nenek memujuk Alim dan pegang tangan Alim sambil mencerita tentang almari, katil, kerusi dapur. Ibu bapa, nene dan datuk Alim sentiada cuba untuk menolong Alim yang kerap menangis.

 

Masyarakat yang keluarga berhubungan erat :

Alim ketawa bersama abang Imra, kak Madinah dan Aisyah. Mereka ketaka sambil menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen.

 

Emosi Positif

Tidak sabar, ketawa

Gembira, tidak bersabar:

“Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung. Alim ingin bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung.”

 

Ketawa:

Alim ketawa bersama abang Imra, kak Madinah dan Aisyah. Mereka ketaka sambil menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen.”

Emosi Negatif

Sedih,

marah

Alim sedih. Alim marah. Alim menangis. Alim tidak tahu mengadapa ayam dan itik tiada di kampung.”

 

“Alim menjadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Alim sedih. Alim terus menangis. Alim sangkakan rumah dan datuk sudah tiada.



Rujukan :  

Normaliza Abd Rahim. (2019).  Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.








Kehadiran Amali 25 Mac 2021, Jumaat, 8.00am.


BBM3410-2021-MINGGU 1A

NA LI XIAN 203932


Siapakah Saya?? Marilah Kenal Saya!


Hai, kawan-kawan~~!!
Marilah kenal tentang saya 😜. Nama penuh saya Na Li Xian, boleh panggil Na Li sahaja, kan simple dan mesra sikit... Kawan sekelilingku biasanya panggil saya Na Li je, mudah ingat! Saya kini berumur 22 tahun. Saya dilahirkan pada 16 April 1999, di Hospital Muar, Johor.

Saya sebenarnya pelajar yang sedang ambil Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia, Serdang, dah tahun kedua, semester 4. 

Saya tamat belajar peringkat menengah di SMK PARIT BUNGA pada 2016 dan belajar Tingkatan 6 di High School Muar. Selepas selamat tamat pengajian Tingkatan 6, saya dapat tawaran kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu daripada UPM. 

Saya berasal keluarga kecil sahaja, ibu bapa dan seorang adik lelaki, ahli keluarga walaupun tak ramai, tapi lagi rapat hubungan, kerana mudah berkomunikasi antara satu sama lain. 

Saya orang Muar, Johor. Muar ini terkenal dengan macam-macam makanan yang lazat, ramai yang dari Batu Pahat, Johor Bharu dan Melaka sentiasa dari jauh sengaja turun Muar cari makan. Sana bukan tiada makanan, kenapa nak datang dari jauh ke Muar ehh?? 😵 Sebab makanan Muar bukan sahaja sedap, lagi murah! Yang penting sekali ini, haahh..... pilihannya rabunkan mata orang.... banyak sangat pilihan makannya, boleh memenuhi cita rasa orang semua! Yang terkenal sekali ialah Mee Bandung dan Satay!! 👍👍😋😋 Sesiapa yang belum pernah datang Muar ni, bolehlah datang cuba makanannya, mesti berbaloi! 

Itulah sahaja sedikit tentang saya sendiri. Terima kasih kerana baca cerita tentang diri saya.




Gambar selfish ketika part time di kedai Steamboat Muar, ketika cuti semester Tahun Baru Cina selama 3 minggu, Feb 2020.

 

Gambar di depan FMBK UPM, Serdang,
Pada hari pembentangan kursus Pengantar Linguitik Am,
Semester pertama 2019/2020




Gambar sekeluarga di rumah pak cik Su semasa Tahun Baru Cina, tahun 2009, saya masih berumur 14 tahun, dan adik 6 tahun. Ibu bapa kelihatan masih muda.



Gambar selfish terkini, Mei 2021, umur 22 tahun.
Keadaan bersiap sedia hendak pergi kerja part time shopping Muar. Telah stay kat rumah setahun 3 bulan sejak balik dari Kampus UPM pada Mac 2020, disebabkan penularan COVID-19. Kini sedang melanjutkan pelajaran dengan kuliah maya atas talian. 






BBM3410-2021-MINGGU 14-SENARAI SEMUA TUGASAN M1 HINGGA M14

 NA LI XIAN 203932 SENARAI TUGASAN SERTA LINKNYA: MINGGU 1= BBM3410-2021-MINGGU 1A BBM3410-2021-MINGGU 1B MINGGU 2= BBM3410-2021-ASAS GRAFIK...