NA LI XIAN 203932
Siapakah Saya?? Marilah Kenal Saya!
Hai, kawan-kawan~~!!
Marilah kenal tentang saya 😜. Nama penuh saya Na Li Xian, boleh panggil Na Li sahaja, kan simple dan mesra sikit... Kawan sekelilingku biasanya panggil saya Na Li je, mudah ingat! Saya kini berumur 22 tahun. Saya dilahirkan pada 16 April 1999, di Hospital Muar, Johor.
Saya sebenarnya pelajar yang sedang ambil Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia, Serdang, dah tahun kedua, semester 4.
Saya tamat belajar peringkat menengah di SMK PARIT BUNGA pada 2016 dan belajar Tingkatan 6 di High School Muar. Selepas selamat tamat pengajian Tingkatan 6, saya dapat tawaran kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu daripada UPM.
Saya berasal keluarga kecil sahaja, ibu bapa dan seorang adik lelaki, ahli keluarga walaupun tak ramai, tapi lagi rapat hubungan, kerana mudah berkomunikasi antara satu sama lain.
Saya orang Muar, Johor. Muar ini terkenal dengan macam-macam makanan yang lazat, ramai yang dari Batu Pahat, Johor Bharu dan Melaka sentiasa dari jauh sengaja turun Muar cari makan. Sana bukan tiada makanan, kenapa nak datang dari jauh ke Muar ehh?? 😵 Sebab makanan Muar bukan sahaja sedap, lagi murah! Yang penting sekali ini, haahh..... pilihannya rabunkan mata orang.... banyak sangat pilihan makannya, boleh memenuhi cita rasa orang semua! Yang terkenal sekali ialah Mee Bandung dan Satay!! 👍👍😋😋 Sesiapa yang belum pernah datang Muar ni, bolehlah datang cuba makanannya, mesti berbaloi!
Itulah sahaja sedikit tentang saya sendiri. Terima kasih kerana baca cerita tentang diri saya.
|
Gambar selfish ketika part time di kedai Steamboat Muar, ketika cuti semester Tahun Baru Cina selama 3 minggu, Feb 2020. |
|
Gambar di depan FMBK UPM, Serdang, Pada hari pembentangan kursus Pengantar Linguitik Am, Semester pertama 2019/2020 |
|
Gambar sekeluarga di rumah pak cik Su semasa Tahun Baru Cina, tahun 2009, saya masih berumur 14 tahun, dan adik 6 tahun. Ibu bapa kelihatan masih muda. |
|
Gambar selfish terkini, Mei 2021, umur 22 tahun. Keadaan bersiap sedia hendak pergi kerja part time shopping Muar. Telah stay kat rumah setahun 3 bulan sejak balik dari Kampus UPM pada Mac 2020, disebabkan penularan COVID-19. Kini sedang melanjutkan pelajaran dengan kuliah maya atas talian. |
No comments:
Post a Comment