NA LI XIAN 203932
SUMBER INTERNET
Elemen | Mudah |
Tema | Papan iklan |
Rujukan | |
Huraian | Sekeping foto yang menunjukkan dua botol air minuman mountain dew yang dipaparkan di papan iklan. Papan iklan ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar tersebut juga mudah dilihat sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang yang melihat papan iklan tersebut akan faham bahawa papan iklan tersebut mempromosikan air minuman yang berjenama mountain dew. |
Elemen | Mudah |
Tema | Makanan segera |
Rujukan | |
Huraian | Gambar papan iklan di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen mudah. Gambar tersebut menunjukkan sebiji burger dari syarikat makanan segera yang terkenal yang menunjukkan keluaran menu burger baharu syarikat tersebut. Jika seseorang melihat iklan tersebut akan faham bahawa gambar tersebut adalah tentang burger itu. Gambar itu juga menunjukkan elemen mudah kerana gambar tersebut memfokuskan kepada burger itu. |
Elemen | Mudah |
Tema | Jualan Kasut Nike |
Rujukan | https://www.behance.net/gallery/75357253/Nike-Billboard |
Huraian | Gambar tersebut mengandungi aspek grafik yang paling ketara iaitu mudah. Elemen mudah ini wujud apabila penglihatan seseorang terhadap gambaran yang mudah difahami seperti gambaran sepasang kasut diatas. Dengan adanya logo “Nike” di kiri gambar ianya telah menunjukkan bahawa kasut tersebut berjenama Nike. Tulisan “LEBRON XVI” turut merujuk kepada jenis kasut tersebut. |
Elemen | Mudah |
Tema | Fesyen |
Rujukan | https://ltheme.com/outdoor-advertisement-hoarding-billboard-free-mockup/ |
Huraian | Penekanan dalam gambar tersebut ialah bersifat mudah. Gambar tersebut memperlihatkan imej perempuan dan hanya tertumpu kepada kaum wanita sahaja . Apabila diperlihatkan imej perempuan , automatik pemikiran kita akan terjerumus kepada fesyen yang melibatkan wanita. Gambar tersebut sangatlah mudah kerana boleh difahami sekali imbas sahaja melalui gambar tanpa perlu membaca dengan teliti apa isi gambar tersebut kerana tiada kekeliruan sama sekali kerana gambar itu telah memberitahu segala isi yang ingin disampaikan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Mudah difahami oleh pengguna jalan raya kerana boleh dikesan dengan kehadiran gambar seorang wanita kerana mungkin sahaja tentang fesyen atau sebaliknya. |
Elemen | Mudah |
Tema | KLCC pada waktu malam. |
Rujukan | https://www.azhan.co/wp-content/uploads/2019/11/Photo-of-KLCC-Malaysia-700x394.jpg |
Huraian | Grafik di atas memberikan kefahaman yang mudah kepada individu yang melihatnya. Individu akan mengetahui suasana di Menara Berkembar Petronas pada waktu malam apabila melihat bahan grafik ini. Gambaran awal seperti rupa bentuk KLCC dan suasana KLCC pada waktu malam menjadi mesej yang ingin disampaikan melalui grafik di atas. Grafik ini juga menjadikan KLCC sebagai fokus utama yang turut mempengaruhi pemahaman individu. |
Elemen | Mudah |
Tema | Haiwan |
Rujukan | |
Huraian | Foto ini menggambarkan dua ekor haiwan di hutan. Foto ini juga menggunakan elemen asas grafik mudah. Hal ini demikian kerana sesiapa sahaja yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto ini ialah foto dua ekor zirafah di hutan. Disebabkan kemudahan untuk memahami foto ini, maka foto ini diletakkan di bawah elemen grafik mudah. |
Elemen | Mudah |
Tema | Makanan |
Rujukan | |
Huraian | Elemen mudah difahami sebagai semua foto yang mudah dilihat dan tanpa sebarang kekeliruan terhadap mesej yang disampaikan. Seseorang yang melihat foto ini akan memahami ini ialah nasi yang diletak di atas pinggan. Foto ini memperlihatkan mesej yang sangat mudah difahami. Sekali pandang sahaja mereka sudah boleh faham mesej yang hendak disampaikan. |
Elemen | Mudah |
Tema | Kereta |
Rujukan | https://www.positivemedia.my/advertising-services/billboard/ |
Huraian | Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu mudah. Bahan utama yang digunakan dalam grafik, iaitu gambar kereta diletakkan di tengah papan iklan. Pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan dengan jelas dan mudah, iaitu iklan tentang kereta. Gambar kereta yang jelas tanpa bahan lain berserta logo jenama di atas belah kiri gambar telah menunjukkan mesej yang ringkas, mudah dan tidak akan mengelirukan pengguna. |
Elemen | Mudah |
Tema | Pengiklanan |
Rujukan | http://www.thejawatankosong.com/2017/07/jawatan-kosong-lembaga-tabung-haji.html |
Huraian | Gambar di atas dapat dilihat dari kesemua lima elemen asas tetapi elemen mudah lebih terserlah. Ini disebabkan gambar tersebut mudah difahami oleh sesiapa yang melihatnya. Mesej yang ingin disampaikan juga jelas kerana ada disertakan dengan deskripsi jawatan, lokasi jawatan serta tarikh tutup permohonan dan ini memudahkan sesiapa yang ingin memohon jawatan. |
Elemen | Mudah |
Tema | Gajet |
Rujukan | |
Huraian | Foto tersebut menunjukkan sebuah telefon bimbit. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan mudah memahaminya kerana jenama yang sudah terkemuka. Oleh sebab itu gambar tersebut hanya menunjukkan logo jenama telefon bimbit itu. Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah. |
SUMBER SENDIRI
Elemen | Mudah |
Tema | Haiwan |
Rujukan | Nur Iffah Syakirah binti Md Sham (202912) |
Huraian | Sekeping foto yang menunjukkan seekor kucing sedang memerhati tuannya ketika gambarnya diambil. Gambar ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar itu juga mudah dilihat sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah seekor kucing yang sedang berehat sambil memandang tepat pada kamera. |
Elemen | Mudah |
Tema | Bunga |
Rujukan | Fariesya Nabila binti Mat Noh (203918) |
Huraian | Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen asas grafik mudah. Gambar di atas menunjukkan sejambak bunga yang berada di atas meja. Gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah bunga. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah tentang sejambak bunga. |
Elemen | Mudah |
Tema | Kereta |
Rujukan | Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi (203923) |
Huraian | Elemen grafik yang utama yang terdapat dalam foto ini ialah elemen mudah. Elemen mudah ini merupakan elemen yang mudah difahami tanpa kekeliruan. Foto di atas menunjukkan sebuah rumah dan di halaman rumah tersebut mempunyai sebuah kereta. Bagi seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah kereta yang berwarna biru. |
Elemen | Mudah |
Tema | Pelancongan |
Rujukan | Ellyliddia Bt Rolling (201808) |
Huraian | Penekanan di dalam gambar tersebut adalah mudah. Gambar tersebut menunjukkan gambar ikan yang melambangkan bahawa kawasan tersebut kaya dengan ikan jenis kelisa. Apabila seseorang melihat gambar ini mereka akan lebih faham bahawa tempat tersebut adalah kawasan pelancongan. Mereka akan mudah mengetahui apa yang dilihat dengan jelas dan lebih tepat lagi tanpa sebarang keraguan. Sekiranya gambar tersebut ini dilihat akan memudahkan kaki pancing untuk tahu dan datang ke tempat tersebut . |
Elemen | Mudah |
Tema | Haiwan peliharaan |
Rujukan | Salimah Bt Ahmad @ Noor (201844) |
Huraian | Penglihatan individu akan berpusat kepada objek utama dalam grafik. Bahan grafik memaparkan dua ekor kucing yang dapat memberikan kefahaman kepada individu apakah yang ingin ditunjukkan di dalam gambar. Elemen mudah juga dapat memaparkan ciri-ciri dan keadaan objek utama dalam grafik. Perkara ini sekali gus mempengaruhi pemahaman kepada individu secara menyeluruh tentang apa yang dipamerkan di dalam gambar. |
Elemen | Mudah |
Tema | Buah-buahan |
Rujukan | Adillah binti Anuar (204098) |
Huraian | Ini adalah salah satu contoh foto yang menggunakan elemen grafik mudah. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pemahaman yang jelas terhadap foto ini. Foto ini ialah foto yang menunjukkan buah strawberi di dalam satu bekas lut sinar. Sesiapa sahaja yang melihat foto ini pasti akan memahami foto ini dengan mudah. |
Elemen | Mudah |
Tema | Fesyen |
Rujukan | Siti Nuratiqah Binti Rahmat (202680) |
Huraian | Pada foto ini juga dapat dilihat elemen mudah. Ini kerana mesej yang ingin disampaikan sangat mudah dan tidak mengelirukan. Jika seseorang melihat foto ini sudah pasti mereka akan memahami ini merupakan foto cermin mata berwarna hitam yang terletak di atas meja. Kekeliruan akan berlaku jika di dalam foto tersebut terdapat barang lain. Contohnya, pasu kecil yang diletak di belakang cermin mata itu akan menghilangkan fokus cermin mata sebagai objek utama dalam foto. |
Elemen | Mudah |
Tema | Alam sekitar |
Rujukan | Na Li Xian (203932) |
Huraian | Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu mudah. Gambar tersebut menunjukkan seorang sedang mengutip sampah-sarap di merata tempat. Bersertakan teks “Jaga Alam Sekitar Kita” yang menjadi tajuk di tengah-tengah gambar tersebut dapat menyampaikan mesej tanggungjawab jaga alam sekitar dengan tepat, jelas dan mudah kepada pembaca. |
Elemen | Mudah |
Tema | Pakaian |
Rujukan | Dinesha A/P Samy (203931) |
Huraian | Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen mudah. Ini disebabkan perkataan yang digunakan jelas dan mudah difahami. Mesej yang ingin disampaikan juga bertetapan. Pembeli dapat lihat yang kedai tersebut ada promosi dan secara tidak langsung ini dapat menarik pembeli untuk membeli produk pakaian kedai tersebut. |
Elemen | Mudah |
Tema | Motosikal |
Rujukan | Siti Nureedayu Bt Mohd Zapuri (203933) |
Huraian | Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah. Ianya menunjukkan sebuah motosikal berwarna hitam. Elemen ini memberikan satu fahaman yang senang untuk difahami oleh semua orang. Oleh sebab itu, gambar ini mengandungi elemen asas grafik mudah. |
No comments:
Post a Comment