NA LI XIAN 203932
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa
Ringkasan cerita:
Ayah Alim telah membeli pelbagai jenis buah-buahan dari pasar tani pada hari Ahad lalu kerana dia tahu bahawa anak-anaknya, Alim, Imran, Madinah dan Aisyah suka makan buah-buahan tempatan. Abang Imran memanggil adik-adik dan ibu bersama-sama makan buah-buahan tersebut. Ibu menyediakan bakul sampah dan memesan anak-anaknya membuangkan kulit buah-buahan ke dalam bakul sampah, tidak letak merata tempat agar rumah sentiasa bersih dan kemas. Alim yang baik hati dan murah hati teringat jiran dan meminta kebenaran ibunya untuk berkongsi buah-buahan dengan jirannya, iaitu Sulaiman. Dia sentiasa mengingati pesanan ibu bapa bahawa amalan berkongsi barang atau makanan merupakan perbuatan yang baik. Ibu juga setuju dengan permintaan Alim dan memujinya. Ibu mengasingkan sebahagian buah-buahan, iaitu rambutan dan manggis ke dalam plastik dan memesan Alim memberi kepada jiran. Ibu tahu Sulaiman ada berada di rumah sekarang kerana ada nampak Sulaiman menyiram pokok bunga tidak lama sebelum ini. Alim mengikut pesanan ibunya, memberikan plastik yang berisi buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih terhadap Alim. Alim menolong ayah, ibu, abang dan kakaknya bersama-sama mengemaskan rumah setelah selesai makan buah-buahan itu. Ketika membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam dalam tong sampah besar di luar, Alim tersempak Mak Cik Timah, iaitu ibu kepada Sulaiman. Mak Cik Timah sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberian buah-buahan sebentar tadi. Alim berkata bahawa berkongsi merupakan perbuatan baik. Alim mengimbas balik bahawa ibunya juga memesannya bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub merupakan jiran yang baik, semua orang haruslah berbaik-baik dan bergaul baik antara satu sama lain. Mak Cik Timah memuji Alim seorang anak yang baik. Mak Cik Timah berasa gembira kerana anaknya, Sulaiman dapat berkawan dengan seorang yang baik, iaitu Alim. Alim melambai tangan dengan Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah yang berkasih sayang juga mendoakan untuk kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.
No comments:
Post a Comment