NA LI XIAN 203932
Pendekatan Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018)
Pendekatan analisis wacana oleh Normaliza Abd (2018) menekankan 5 elemen dalam pendekatan, iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens.
Rajah di bawah menunjukkan 5 elemen dalam pendekatan serta aspek-aspeknya.
Pra-Andaian | Emosi | Nilai dan Budaya | Bahasa | Inferens |
1. Intuisi 2. Konteks uPenerimaan/ Penafian uKeperluan uPerujukan uAnafora uPengulangan uKekaburan uPenegasan | 1. Emosi 2. Negatif 3. Emosi bercampur lPerangkai lPersonaliti lMood lMotivasi | 1. Diri 2. Masyarakat 3. Adat vJujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan vBerdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan vHormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat vKeadilan, kebebasan, rasional | 1. Bahasa pertama/ kedua/ ketiga 2. Formal/ tidak formal 3. Kesalahan bahasa 4. Linguistik | 1. Rumusan keseluruhan 2. Rumusan topik perbincangan 3. Penutup kata |
Pra-Andaian
Elemen pra-andaian merupakan suatu tindakan yang dijalankan oleh pembaca sebelum memulakan sesuatu garis hujah atau tindakan dalam penganalisian wacana. Dalam elemen pra-andaian, terdapat 2 aspek analisis, iaitu intuisi/ gerak hati dan konteks. Intuisi/ gerak hati bermaksud kemampuan individu memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual. Manakala konteks merujuk kepada aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan dalam menganalisis sesuatu wacana.
Emosi
Emosi merujuk kepada suatu keadaan atau perasaan seseorang watak itu wujud atau berubah atas faktor rangsangan, sama dari dalam diri sendiri ataupun dari luar. Emosi boleh dilihat dari 2 aspek, iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Kita dapat memerhatikan emosi watak-watak melalui perangkai, personaliti, mood dan motivasi diri dan dari luar.
Nilai dan Budaya
Elemen nilai dan budaya dalam pendekatan analisis wacana merujuk kepada menganalisis aspek diri, masyarakat dan adat, yang berhubung secara langsung dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Antara contoh nilai termasuklah jujur, kerajinan, ikhlas, baik hati, kasih sayang, berhemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental, berdikari, keadilan, kebebasan, kesantunan, hormat-menghormati, kerjasama, kesyukuran, kesederhanaan dan rasional.
Bahasa
Memfokuskan kepada bahasa pertama/ kedua/ ketida dan lain-lain semasa menganalisis bahasa dalam wacana. Bahasa boleh dibahagikan kepada 2, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Pada masa yang sama, kesalahan bahasa dan aspek linguistik juga dianalisis dalam elemen tersebut agar huraian lebih jelas dan padat.
Inferens
Terdapat 3 aspek dalam elemen tersebut, iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Ketiga-tiga aspek tersebut perlu dibincangkan untuk tujuan ujaran, interaksi, teks dan tulisan yang lebih lengkap dan jelas.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment