BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)
NA LI XIAN 203932
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
https://www.youtube.com/watch?v=NXodlRGb000
Video pembentangan di atas telah menerangkan isi kandungan dan isi penting Bab 5 Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd. Rahim yang diterbitkan pada tahun 2019. Dalam video ini, terdapat beberapa ringkasan dapatan kajian yang dijalankan oleh tokoh atau sasterawan dalam pendekatan strategi komunikasi. Antara termasuklah Tarone, Johnstone, Faerch & Kasper, Dornyei & Scott dan Normaliza Abd. Rahim.
Akhirnya, terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi disusun dan disenaraikan semula, yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Juga digunakan untuk tujuan analisis data dengan lebih terperinci. Antara pendekatan ialah :
1. Singkatan
2.Perkataan baharu tiada makna
3. Penafian/ Percanggahan
4. Persoalan
5. Pengulangan
6. Perujukan
7. Pembetulan kendiri
8. Topik berlainan/ Pengabaian mesej
9. Celahan
10. Penangguhan
11. Terjemahan literal
12. Pertukaran bahasa
13. Imaginasi
14. Kesopanan
15. Parafrasa
16. Meminta pertolongan
Kredit:
Disediakan oleh : Na Li Xian 203932
Dibimbing oleh : Prof Dr. Normaliza Abd Rahim
Lagu latar belakang video: "100 lagu instrumen piano Cina cinta klasik [ pop piano 2020 ] Relaxing Piano Music "daripada sumber https://www.youtube.com/watch?v=q_yX3hpxSlY&t=223s
BUKTI KEHADIRAN:
BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO ONE SHOT-GADIS GK
NA LI XIAN 203932
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Putra Malaysia.
VIDEO ONE SHOT
https://youtu.be/U-EWMT3p4gs
Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan camera atau alat perakam video yang lain. Video jenis ini tidak memerlukan suntingan selain daripada bahagian awal dan bahagian akhir yang memerlukan logo, pengenalan dan kredit. Video one shot biasannya disertai dengan 1 lagu yang sesuai. Rakaman video tersebut menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan. Durasi atau masa sesebuah video one shot lebih kurang 3 minit mengikut masa lagu yang dipilih.
VIDEO ONE SHOT TWO LAYER
Video one shot two layer dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya lakonan terhadap jalan cerita dalam pilihan lagu juga akan termasuk dalam video tersebut. Dengan ini, video yang dihasilkan bertambah menarik, kerana ada dua lapisan, dua item yang menjadi fokus dalam suatu video itu.
VIDEO ONE SHOT THREE LAYER
Video one shot three layer merupakan video yang mempunyai 3 lapisan dalam satu video. Lapisan pertama ialah nyanyian, lapisan kedua ialah lakonan dan lapisan ketiga ialah pergerakan. Lapisan ketiga pergerakan boleh dijalankan dengan mengambil rakaman di kawasan yang mempunyai pokok yang ditiup angin, bergoyang; atau laluan kereta, kelompok orang yang sedang berjalan dan lain-lain sebagai latar belakang video, iaitu lapisan ketiga. Pergerakan lapisan ketida seharusnya yang tidak sengaja dan asli, dilihat "nature" dalam video.
BBM3410-2021-MINGGU8-STRATEGI KOMUNIKASI
NA LI XIAN 203932
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Menurut Tarone, 1980:420, Strategi komunikasi merupakan suatu percubaan sistematik yang dijalankan pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika paraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk. Manakala Selinker (1972) berpendapat bahawa strategi komunikasi merupakan suatu pendekatan yang digunakana dalam komunikasi di antara satu sama lain.
Secara umumnya, komuikasi boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan kecil dan kumpulan besar. Walaubagaimanapun, komunikasi juga boleh berlaku secara berkesan dan cepat menerusi bantusn peralatan digital kini, seperti telefon pintar, laptop, aplikasi popular seperti whatsapps, twitter, instagram dan Facebook tanpa perlu jumpa bersemuka.
Kajian Weber & Grauer (2019) menunjukkan :
*Komunikasi juga akan dapat strategi inovasi.
*Dapat meninggalkan kesan positif.
*Kajian ini hampir sama dengan Kajian Hue (2017)
Kajian Hue (2017) menunjukkan :
*Strategi komunikasi seharusnya dilakukan supaya mesej yang ingin disampaikan itu tidak mempunyai sebarang keraguan dan disalah dianggap oleh pendengar.
Kajian Zerfass et al. (2018) menunjukkan:
*Strategi komunikasi perlu dilakukan dalam apa jua keadaan.
*Kerana dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat dalam komunikasi berasa puas hati kerana mesej difahami dengan baik.
*Kajian ini hampir sama dengan kajian Heide et al.(2018).
Kajian Ruler (2018) & Werder et al. (2018) menunjukkan :
*Strategi komunikasi sebagai pemangkin bagi semua paradigma disiplin.
*Menggambarkan strategi komunikasi sebagai satu perkara yang penting dalam kehidupan semua lapisan masyarakat.
*Setiap strategi yang digunakan masyarakat secara formal atau tidak formal digunakan dengan wajat supaya komunikasi lebih berkesan.
Kajian Normaliza Abd Rahim et al. (2018) menunjukkan:
*Strategi komunikasi yang dilakukan oleh kanak-kanak melibatkan budaya dan nilai sosial.
*Kajian ini hampir sama dengan kajian Normaliza Abd Rahim et.al (2017) yang menunjukkan bahawa nilai boleh disebarkan melalui strategi komunikasi secara berterusan.
Kajian Winklwe & Etter (2018) menunjukkan:
*Strategi komunikasi sebagai satu idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam pelbagai situasi dan keadaan,
*Kajian ini hampir sama dengan kajian O'Connor et al. (2018).
Kajian O'Connor et al. (2018) menunjukkan;
*Pendekatan dimensi rangkaian pelbagai ke arah strategi komunikasi yang berkesan
*Komunikasi yang dikaji merupakan komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi dan perhubungan awam.
*Setiap komunikasi mempunyai elemen yang dapat membantu dalam proses komunikasi bagi mereka yang ingin menyampaikan mesej.
Kajian Ruler (2018) menunjukkan :
*Bersetuju dengan pendapat O'Conner et al. (2018) yang memberi fokus terhadap strategi komunikasi yang menggambarkan perkembangan minda dan idea terhadap suatu perkara.
Kajian Volk et al. (2018) menunjukkan :
*Konsep utama dalam strategi komunikasi yang boleh digunakan oleh semua pihak yang berkomunikasi tidak kira dalam bentuk formal atau tidak formal.
*Strategi komunikasi boleh berlaku dalam bentuk penceritaan penulisan atau teks.
Kajian Nothhaft et al. (2018) menunjukkan:
*Strategi komunikasi sebagai refleksi elusivr yang mengandungui konsep yang mudah difahami.
*Penekanan terhadap kepentingan strategi komunikasi dalam penyebaran budaya dalam kalangan masyarakat kelompok yang mempunyai pemikiran yang sama, iaitu membincangkan perkara yang dipersetujui dan difahami oleh semua pihak.
*Kajian ini hampir sama dengan kajian Volk et al. (2018), Ruler (2018) dan O'Conner et al. (2018) yang bertumpu kepada kepentingan strategi dalam pembentukan sahsiah diri seseorang yang ingin menyampaikan mesej yang baik dan mudah difahami.
Kajian Nothhaft et al.(2018) menunjukkan:
*Penekanan terhadap kepentingan strategi komunikasi dalam menyebarkan budaya dalam kalangan masyarakat kelompok yang mempunyai pemikiran yang sama, iaitu membincangkan perkara yang dipersetujui dan difahami oleh semua pihak.
Kajian Normaliza Abd Rahim (2019) menunjukkan:
*Setiap apa yang ingin diujarkan perlu menitikberatkan perasaan penerima kerana perkara ini penting bagi nilai yang baik serta budi pekerti yang tinggi dalam diri seseorang.
BUKTI KEHADIRAN :
BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA-GADIS JK
NA LI XIAN 203932
Video di atas menunjukkan Vlog kumpulan atas kerjasama 10 orang ahli, di mana 7 orang Melayu dan 3 orang non-muslim. Vlog tersebut dirakam secara langsung pada hari pertama raya Aidlfitri, iaitu 13 Mei 2020, Khamis, 2021, pagi. Oleh disebabkan PKP masih berterusan, vlog tersebut dihasilkan melalui teknik cantuman, di mana setiap orang mengambil bahagian vlog yang pendek selama 42 saat, dan dicantumkan menjadi vlog yang 7 minit. Dalam vlog tersebut, boleh jelas kelihatan pelbagai peristiwa dan akitivit yang menarik yang dijalankan pada hari pertama hari raya adilfitri secara realitinya.
BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO SETEMPAT
NA LI XIAN 203932
Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Putra Malaysia.
Video setempat merupakan video yang tidak memerlukan suntingan. Video yang dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video setempat dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Dalam video tersebut, item-item ruang pertama rak buku telah diperihalkan secara rincinya.
Terdapat beberapa langkah yang perlu disediakan untuk membuat rakaman video setempat, iaitu:
Langkah pertama : Memikirkan dan merancangkan tempat dan isi kandungan yang akan dirakam.
Langkah kedua : Tentukan hari, tarikh dan masa rakaman.
Langkah ketiga : Memastikan tiada sebarang masalah atau halangan pada hari rakaman tersebut.
Langkah keempat : Mula merakam mengikut tarikh yang telah dirancangkan, semasa merakam, memastikan suara yang dirakam adalah jelas, lantang, tidak diganggu oleh suara latar belakang lain.
Langkah kelima : Selepas rakam, menyemak video yang dirakam adalah memenuhi ketepatan, jika terdapat kecacatan atau kelemahan, merakam lagi sekali sehinggalah mendapat hasilan video yang terbaik.
Langkah keenam : Edit hadapan video dengan letak tajuk, nama , tempat rakaman dan lain-lain maklumat.
Langkah ketujuk : Upload di Youtube dan meletakkan huraian, hashtag yang bersesuaian.
BUKTI KEHADIRAN:
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410-2021-MINGGU 14-SENARAI SEMUA TUGASAN M1 HINGGA M14
NA LI XIAN 203932 SENARAI TUGASAN SERTA LINKNYA: MINGGU 1= BBM3410-2021-MINGGU 1A BBM3410-2021-MINGGU 1B MINGGU 2= BBM3410-2021-ASAS GRAFIK...
-
NA LI XIAN 203932 POST SENDIRI 26/05 Rabu RETWEET POST KAWAN BUKTI KEHADIRAN
-
NA LI XIAN 203932 Siapakah Saya?? Marilah Kenal Saya! Hai, kawan-kawan~~!! Marilah kenal tentang saya 😜. Nama penuh saya Na Li Xian, boleh ...
-
NA LI XIAN 203932 Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Putra Malaysia. TEMU BUAL: KOS SARA ...
-
NA LI XIAN 203932 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Buku. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Pendua merupa...
-
NA LI XIAN 203932 Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Putra Malaysia. https://youtu.be/LAUg...