BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO ONE SHOT-GADIS GK

 NA LI XIAN 203932


Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Putra Malaysia.


VIDEO ONE SHOT




https://youtu.be/U-EWMT3p4gs


Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan camera atau alat perakam video yang lain. Video jenis ini tidak memerlukan suntingan selain daripada bahagian awal dan bahagian akhir yang memerlukan logo, pengenalan dan kredit. Video one shot biasannya disertai dengan 1 lagu yang sesuai. Rakaman video tersebut menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan. Durasi atau masa sesebuah video one shot lebih kurang 3 minit mengikut masa lagu yang dipilih.


VIDEO ONE SHOT TWO LAYER


Video one shot two layer dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya lakonan terhadap jalan cerita dalam pilihan lagu juga akan termasuk dalam video tersebut. Dengan ini, video yang dihasilkan bertambah menarik, kerana ada dua lapisan, dua item yang menjadi fokus dalam suatu video itu.




VIDEO ONE SHOT THREE LAYER



Video one shot three layer merupakan video yang mempunyai 3 lapisan dalam satu video. Lapisan pertama ialah nyanyian, lapisan kedua ialah lakonan dan lapisan ketiga ialah pergerakan. Lapisan ketiga pergerakan boleh dijalankan dengan mengambil rakaman di kawasan yang mempunyai pokok yang ditiup angin, bergoyang; atau laluan kereta, kelompok orang yang sedang berjalan dan lain-lain sebagai latar belakang video, iaitu lapisan ketiga. Pergerakan lapisan ketida seharusnya yang tidak sengaja dan asli, dilihat "nature" dalam video.

No comments:

Post a Comment

BBM3410-2021-MINGGU 14-SENARAI SEMUA TUGASAN M1 HINGGA M14

 NA LI XIAN 203932 SENARAI TUGASAN SERTA LINKNYA: MINGGU 1= BBM3410-2021-MINGGU 1A BBM3410-2021-MINGGU 1B MINGGU 2= BBM3410-2021-ASAS GRAFIK...