Pada malam 9.00pm, 22 Jun 2021, hari Selesa, Studio Siaran Langsung Media Sosial Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Rancangan Sembang Tamu: Mister Kopi bersama Dr. Siti Nur Aliaa Roslan.
Dalam sepanjang rancangan temu bual Mister Kopi, Dr. cakap beliau berasa sangat bangga kerana dapat menghadiri rancangan ini pada hari ini, iaitu Hari Ulangan DBP tahun Ke-65.
Dr. berpandangan bahawa kopi itu misteri sebab bau dan rasenya. Dari segi bau, kopi itu dapat merangsang deria bau kita, dapat memberi semangat dan membuat badan kita rase segak, dan kita akan mengimbas kembali sesuatu peristiwa indah ketika menghidu bau kopi itu. Manakala rase kopi yang menarik itu membuat orang susah dilupai, merupakan suatu rase yang unik. Kopi misteri sebab dapat meningkatkan metabolisme badan kita, tapi haruslah diambil dalam sukatan yang sepatutnya, jika tidak, akan jadi ketagihan.
Dr. juga berkongsi bahawa manfaat terbesar mengambil kopi ialah dapat mengelakkan risiko menghidapi kanser. Dr. juga menekankan bahawa pakar makanan pernah cakap kuantiti pengambilan kopi maksimun sehari adalah 4 cawan sahaja. Jika terlebih, ia akan menrosakkan perut, kerana kopi mengandungi keasidan. Kopi juga tidak digalakkan ketika perut berkosong, khususnya pada waktu pagi tanpa bersarapan. Kopi yang berlebihan juga menjadikan kopi itu sebagai mininum harian. Kopi sepatutnya merupakan sejenis minuman nikamati, dan bukan minuman biasa.
Dr. juga cakap dulu dia mula minum kopi tanpa gula, kemudian mencuba kopi tambah gula, tambah susu pekat, tambah susu berkrim. Nisbah atau peratusan campuran yang berlainan antara susu dengan Expresso dan susu dengan kopi akan menghasilkan berlainan jenis kopi, seperti latte, expresso dan lain-lain.
Dr. juga menerangkan kenapa kita selalu pergi ke satu kedai kopi/cafe yang sama dan order jenis kopi yang sama, padahalnya terdapat jenis dan kedai kopi yang banyak lagi. Disebabkan kenangan atau pengalaman lampau yang pernah mengambil masa yang panjang duduk dalam cafe itu, sama ade time belajar atau time kerja.
Pada pandangan Dr., kopi dapat berkembang pesat di Malaysia kini disebabkan perkembangan teknologi. Dulu, mereka mempunyai keinginan nak cuba, nak ikut corak hidup, corak budaya dan amaln Barat. Dengan ini, mereka cuba membuka kedai kopi dengan stlye masing2. Bila mendapat penerimaan yang bagus, perkembangan perusahaan dan kedai kopi/cafe di Malaysia juga semakin pesat. Dr. yang selalu berkembara di luar negara juga memberitahu bahawa kopi, apa jenis kopi yang ada di Malaysia, sebenarnya terdapat juga di luar negara.
Akhir sekali, pada pandangan saya, rancangan tersebut sangat menarik kerana dapat membincangkan tentang kopi bersama-sama dengan peserta lain yang ramai di chat box dan Dr. di atas talian. Saya juga mengagumi Dr. dapat menikmati kopi dengan membancuh kopi secara romantiknya, iaitu guna mesin kopi Latte, terbest!!😍 Diharapkan rancangan sembang tamu seperti ini : Milo, Teh, Wine dan lain-lain juga dapat dianjurkan pada masa depan..😍😍😊👍👍
No comments:
Post a Comment